Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 04 June 2022

Scania Menyerahkan Dua Unit Koc Scania K360IIB4X2 Kepada FELDA untuk Mengangkut Pelajar Asrama Semai Bakti dan MRSM Ulangalik Setiap Dengan Selamat dan Selesa

Scania baru-baru ini menyerahkan dua unit koc Scania K360IB4x2, setiap satu kepada Asrama Semai Bakti Kuala  Lumpur, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Maktab Rendah Sains MARA, Trolak, Perak. Siti Zaroha Nasharuddin, Pengarah Pentadbiran, FELDA, menerima kedua-dua unit daripada Mohammad Farid, Eksekutif Jualan Kanan, Scania Malaysia di Asrama FELDA Semai Bakti di Kuala Lumpur. Koc Scania ini disertai bersama pakej lima tahun Scania Inclusive Maintenance, jaminan lanjutan tiga tahun dan Fleet Management System (FMS) Control 10.
Penyerahan koc ini melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), adalah untuk memudahkan pengangkutan ulang-alik setiap hari untuk pelajar yang bilangannya semakin meningkat untuk kedua-dua lokasi kemudahan pendidikan tersebut. 

FELDA menandatangani kontrak Inclusive Maintenance selama lima tahun untuk memanfaatkan prosedur penyelenggaraan proaktif Scania dan mengelakkan masalah penggunaan masa yang lama dan kos daripada berlaku.
Masa operasi dimaksimumkan manakala kos operasi FELDA dikurangkan. Kontrak ini juga memberikan kos yang boleh diramal, ini membolehkan FELDA memberi tumpuan untuk membawa pelajar pergi dan balik asrama mereka, tanpa sebarang kebimbangan. Dengan mengoptimumkan modul berbeza secara berasingan dalam pelan perkhidmatannya, Scania memastikan melalui kontrak Inclusive Maintenance bahawa masa henti dirancang dan dikurangkan secara minimum. 

Kedua-dua koc ini turut didatangkan dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS) Scania sebagai sebahagian daripada platform Teknologi Pengangkutan Selamat dan Pintar yang menawarkan ciri keselamatan seperti Anti-Lock Braking (ABS) dan Electronic Braking System (EBS). Ciri lain termasuk retarder dan kawalan cengkaman, pegangan bukit, dan tiga penderia penggera kebakaran. 

Kedua-dua koc Scania adalah lalai yang dipraset dengan mod Ekonomi. Ini bagi memastikan FELDA menikmati penjimatan bahan api terbaik dan pengurangan pelepasan CO2, selaras dengan inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi). Pelanggan Scania dengan koc yang dibeli sebelum 2021 boleh menetapkan Mod Ekonomi sebagai lalai pada kenderaan mereka di manamana bengkel Scania yang dibenarkan di seluruh negara. Tambahan pula, menaik taraf ciri Scania FMS Monitoring percuma kepada pakej Control 10 juga akan memastikan pengurangan selanjutnya dalam jejak karbon melalui lebih banyak penjimatan bahan api menerusi peningkatan kemahiran pemandu dalam mengendalikan kedua-dua koc Scania ini.

Koc Scania ini disediakan oleh FAME dan bersedia untuk menggunakan B20 sehingga B100 biodiesel. Ia mesra alam, mengurangkan pelepasan global dengan mengurangkan CO2 untuk mengehadkan kesan perubahan iklim. FAME ialah singkatan bagi Fatty Acid Methyl Esters iaitu istilah teknikal bagi biodiesel yang dihasilkan di Malaysia. 

Program CSR FELDA bermula terutamanya untuk manfaat peneroka pertanian FELDA dan warga kerja FELDA. Penubuhan FELDA pada tahun 1956 memberi peluang kepada mereka yang mahir dan berminat untuk menyumbang ke arah pembangunan tanaman getah dan kelapa sawit. Tertakluk kepada kriteria tertentu, peserta telah dilatih, dan diberi peluang untuk berjaya dan maju. Semasa FELDA berkembang pesat menjadi sebuah perbadanan yang berjaya dan menguntngkan, satu program CSR telah diwujudkan dengan fokus utama memberi manfaat kepada anak-anak peneroka dan pekerja FELDA. Salah satu faedahnya ialah menyediakan koc untuk memudahkan pengangkutan anak anak FELDA ke Asrama atau Asrama FELDA ke sekolah-sekolah terkemuka di kawasan bandar. Menubuhkan Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) pada tahun 1975 merupakan langkah tanggungjawab sosial yang besar yang memberi manfaat kepada keluarga FELDA. Bermula dari itu, penambahan kepada penubuhan dua lagi asrama; satu di Kuantan (1978) dan satu lagi di Johor Bahru (1983). Manfaat yang sama turut diberikan kepada institusi lain seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang turut mempunyai anak-anak FELDA. Menyediakan pengangkutan dengan koc Scania, disokong dengan Inclusive Maintenance Scania, jaminan lanjutan dan Scania FMS mencerminkan tanggungjawab sosial FELDA dalam menjaga warga FELDA dan komuniti mereka.

“Sebagai penyedia terkemuka dalam Penyelesaian Pengangkutan Mampan, Scania gembira kerana ia boleh menjadi sebahagian daripada gerakan tanggungjawab sosial korporat FELDA melalui dua koc Scania ini. Kami berharap bersama-sama kami dapat melakukan lebih banyak lagi dengan enyediakan kenderaan Scania yang lebih mesra alam dan mengurangkan jejak karbon FELDA dengan lebih banyak lagi, mewujudkan dunia mobiliti yang lebih baik untuk perniagaan, masyarakat dan alam sekitar, untuk generasi masa depan kita.” kata Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara.